Shahidan terima kenyataan, yakini pimpinan baru
11.05pm | 24 Mac
KANGAR: Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau yakin Menteri Besar Perlis yang baru dilantik, Datuk Dr Md Isa Sabu mampu melaksanakan tugas dengan baik.
Shahidan menasihati Md Isa supaya mempertahankan dirinya daripada dipengaruhi mana-mana pihak semasa menerajui Perlis, sebaliknya mengutamakan perpaduan. Read more »
Zaman BN bermegah sudah berakhir
10.30pm | 24 Mac
PETALING JAYA: Zaman untuk Barisan Nasional (BN) bermegah dengan pencapaiannya sejak negara merdeka sudah berakhir. Slogan-slogan tentang pembangunan, kestabilan dan kemakmuran yang kerap dijadikan modal oleh BN juga tidak lagi laku kerana maysarakat hari ini lebih faham bahawa itu memang menjadi hak mereka tanpa mengira parti mana yang menubuhkan kerajaan.
Demikian antara pengakuan telus dua pemimpin parti komponen BN, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye pada forum anjuran Pusat Kajian Media Asia di sini hari ini. Read more »
Anwar jangan gelojoh
Oleh Maulana Purnama
12.40pm | 24 Mac
RASA pelik juga apabila mendengar ada pihak pembangkang sedang membeli wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sarawak dan Sabah dalam usaha menubuhkan kerajaan persekutuan Barisan Rakyat (BR).
BN menuduh parti-parti pembangkang. DAP menafikan pihaknya melakukannya. PAS pasti tidak melakukannya. Mungkinkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha membeli mereka? Seperti mana seorang calonnya di sebuah kawasan di Selangor dikatakan telah dibeli sebelum penamaan calon hari itu hingga membolehkan calon BN menang? Apapun, membeli ahli politik adalah korupsi. BR mesti bersih daripada korupsi dalam nilai dan amalannya. Read more »
Husam: Pak Lah berkeras mahu Idris untuk jaga rahsia?
10.40am | 24 Mac
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa mempersoalkan apa pentingnya Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu sehingga badai politik dengan istana perlu dicipta?
“Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya? Read more »
Kronologi krisis MB Terengganu

10.15am | 24 Mac
BERMULA dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihan raya umum 8 Mac, krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini. Read more »
Krisis Terengganu: Sultan boleh bubar DUN
Oleh Tarmizi Mohd Jam
7.55am | 24 Mac
APA yang perlu dilakukan oleh semua pihak di Terengganu sekarang ialah akur dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.
Menurut, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, “betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan.” Read more »
