Idris Jusoh makin terpinggir
Oleh Mat Zain Mat Isa
11.50am | 25 Mac
SESIAPA saja yang sempat menonton visual sambutan orang ramai atas kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Ahmad Said ke rumahnya di Kemaman semalam sudah tentu bersetuju bahawa jumlah itu bukan sekadar seratus atau dua ratus orang.
Deretan orang ramai yang melambai kepada kenderaan dinaiki Ahmad dilihat di kiri kanan jalan menuju ke rumahnya. Di pekarangan rumah, ratusan lagi manusia berkumpul menanti ketibaannya. Read more »
