Idris Jusoh makin terpinggir
Oleh Mat Zain Mat Isa
11.50am | 25 Mac
SESIAPA saja yang sempat menonton visual sambutan orang ramai atas kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Ahmad Said ke rumahnya di Kemaman semalam sudah tentu bersetuju bahawa jumlah itu bukan sekadar seratus atau dua ratus orang.
Deretan orang ramai yang melambai kepada kenderaan dinaiki Ahmad dilihat di kiri kanan jalan menuju ke rumahnya. Di pekarangan rumah, ratusan lagi manusia berkumpul menanti ketibaannya. Read more »
Siapa lagi pemimpin Umno sanggup ikut jejak Khir Toyo
Oleh Tarmizi Mohd Jam
9.55pm | 21 Mac
KHIR Toyo menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti oleh pemimpin Umno lain, apabila meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno dan BN Selangor malam Khamis lalu.
Ia sebagai rasa tanggungjawab ekoran prestasi buruk BN di Selangor hingga menyebabkan negeri itu terlepas ke tangan pembangkang dari pakatan Barisan Rakyat (BR). Read more »
Peletakan jawatan Radzi kerana didesak?
Oleh Ruhanie Ahmad
10.25am | 21 Mac
BEBERAPA pihak menganggap Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kecewa tidak dilantik sebagai menteri.
Hakikat sebenarnya bukan begitu. Sumber-sumber berwibawa memberitahu saya, Radzi mengosongkan kedua-dua jawatan di atas berkuatkuasa hari ini, kerana beliau didesak berbuat demikian oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Read more »
Ahmad Shabery Cheek yang saya kenal
Oleh Zulkifli Sulong
5.30am | 21 Mac
“Menyesal sungguh ana kahwin lewat. Kalaulah ana tahu seronoknya kahwin, dari tahun satu lagi ana kahwin”.
Itulah kata-kata Ahmad Shabery Cheek (kini Datuk) kepada rakan-rakannya tahun 1982 lalu di kampus UM. Ketika itu penggal kampus Universiti Malaya (UM) baru dibuka. Ahmad Shabery, semasa cuti penggal itu telah melangsungkan perkahwinannya dengan teman sekampusnya, Puan Syarifah (hingga kini saya hanya ingat sebagai Kak Pah sahaja). Read more »
Mahathir Akan Keluarkan Kenyataan Menggemparkan
Oleh Mohd Sayuti Omar
5.35pm | 20 Mac
PARA veteran Umno dikatakan akan mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerima pandangan berhubung pergolakan yang berlaku dalam Umno kini.
Sumber Yayasan Perdana memberi tahu pertemuan itu dijangka hari ini. Ia dihadiri oleh pemimpin veteran Umno yang kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Umno peringkat bahagian. Read more »
