“Dia sokong kita, bukan kita sokong dia” – Tok Guru
9.05am | 28 Mac
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan tindakannya hadir di majlis kesyukuran sempena pelantikan Senator Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini adalah wajar dan betul.
“Saya pergi ke rumah Zaid ialah kerana dia sebagai seorang menteri dan kita kena pergi. Kebetulan pula sebelum itu beliau ada buat kenyataan untuk melaksanakan peraturan dan menggubal undang-undang anti lompat kerana kebetulan anti lompat itu dulu itu kita yang mula bukan dia. Read more »
Exco baru diyakini mantapkan pentadbiran negeri – TMB
10.35am | 21 Mac
KOTA BHARU: Tiada perubahan besar berlaku pada portfolio Exco Kerajaan Kelantan untuk penggal ini walaupun tiga muka baru termasuk seorang wanita dilantik sebagai anggota Exco.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal menerajui Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli. Read more »
Sokongan, doa pelbagai kaum kuatkan semangat saya – Tok Guru
“Tok Guru jangan mati lagi..” – kaum Cina
12.00pm | 20 Mac
KOTA BHARU: Menteri Besar melahir rasa terharu terhadap sokongan tidak putus-putus diterimanya, termasuk dari kaum Cina dan masyarakat bukan Islam lain agar beliau terus menerajui kerajaan negeri Kelantan.
Katanya, mereka bukan saja memberi sokongan di depan mata tetapi turut berdoa agar beliau sentiasa sihat dan panjang umur untuk memimpin negeri ini. Read more »
