Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Permatang Pauh: SPR belum dimaklum secara rasmi

5.40pm | 31 Julai
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, memberitahu Bernama bahawa beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengenai pengganti Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang, beliau berkata itu terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk menentukan. Read more »

July 31, 2008 Posted by kelantankini | Nasional, Politik | , , , , , , , , , | No Comments Yet

Wan Azizah kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh

5.30pm | 31 Julai
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menurut laporan Bernama. Read more »

July 31, 2008 Posted by kelantankini | Nasional, Politik | , , , , , , , , , , , | 1 Comment

Mahathir cadang sistem kuota dimansuhkan

10.45pm | 29 Mac
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno seharusnya memansuhkan sistem kuota yang memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan presiden parti.

Katanya beliau mencadangkan perubahan itu kerana sistem kuota ketika ini kelihatan “terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa”. Read more »

March 29, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | 5 Comments

Krisis 1988: Zaid jawab Dr Mahathir

10.40pm | 29 Mac
SELEPAS dihentam Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menafikan beliau menyokong pemecatan ketua hakim negara waktu itu Tun Salleh Abbas.

Dr Mahathir membidas Zaid, waktu sebagai Presiden Persatuan Peguam Islam, yang dianggapnya “telah lupa” dan “mahu menjadi lebih betul daripada betul” berhubung isu tersebut. Read more »

March 29, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

MT akur keputusan Istana lantik Ahmad MB Terengganu

9.00am | 28 Mac
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata Umno memutuskan untuk menyelesaikan tengkarahnya dengan pihak istana dengan menerima calon Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.

Mengumumkan keputusan itu dalam satu sidang akhbar lewat petang semalam, Datuk Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi memutuskan untuk menerima Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Read more »

March 28, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | 1 Comment

‘Menteri Undi Pos’ tidak dilayan – Wee

Oleh Abdul Halim Mohd Rashid

6.30am | 28 Mac
KUALA LUMPUR: 10 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur mengambil keputusan tidak akan akan melayan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menyatakan, keputusan itu dicapai dalam pertemuan wakil-wakil rakyat tersebut Selasa lalu. Read more »

March 28, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | 2 Comments

Shahidan terima kenyataan, yakini pimpinan baru

Shahidan Kassim11.05pm | 24 Mac
KANGAR: Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau yakin Menteri Besar Perlis yang baru dilantik, Datuk Dr Md Isa Sabu mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Shahidan menasihati Md Isa supaya mempertahankan dirinya daripada dipengaruhi mana-mana pihak semasa menerajui Perlis, sebaliknya mengutamakan perpaduan. Read more »

March 24, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | 1 Comment

Zaman BN bermegah sudah berakhir

Dr Chua Soi Lek10.30pm | 24 Mac
PETALING JAYA: Zaman untuk Barisan Nasional (BN) bermegah dengan pencapaiannya sejak negara merdeka sudah berakhir. Slogan-slogan tentang pembangunan, kestabilan dan kemakmuran yang kerap dijadikan modal oleh BN juga tidak lagi laku kerana maysarakat hari ini lebih faham bahawa itu memang menjadi hak mereka tanpa mengira parti mana yang menubuhkan kerajaan.

Demikian antara pengakuan telus dua pemimpin parti komponen BN, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye pada forum anjuran Pusat Kajian Media Asia di sini hari ini. Read more »

March 24, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

Anwar jangan gelojoh

Oleh Maulana Purnama

anwar.jpg12.40pm | 24 Mac
RASA pelik juga apabila mendengar ada pihak pembangkang sedang membeli wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sarawak dan Sabah dalam usaha menubuhkan kerajaan persekutuan Barisan Rakyat (BR).

BN menuduh parti-parti pembangkang. DAP menafikan pihaknya melakukannya. PAS pasti tidak melakukannya. Mungkinkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha membeli mereka? Seperti mana seorang calonnya di sebuah kawasan di Selangor dikatakan telah dibeli sebelum penamaan calon hari itu hingga membolehkan calon BN menang? Apapun, membeli ahli politik adalah korupsi. BR mesti bersih daripada korupsi dalam nilai dan amalannya. Read more »

March 24, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | 2 Comments

Husam: Pak Lah berkeras mahu Idris untuk jaga rahsia?

Dato’ Husam Musa10.40am | 24 Mac
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa mempersoalkan apa pentingnya Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu sehingga badai politik dengan istana perlu dicipta?

“Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya? Read more »

March 24, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | 1 Comment

Rafidah mungkin ‘kompromi’ dengan Ku Li lawan Abdullah?

12.15pm | 23 Mac
KETUA Wanita Umno, Dato’ Seri Rafidah Aziz dijangka akan bertindak balas terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan memimpin sayap Umno itu ‘menentang’ dari dalam kepimpinannya.

Rafidah yang memang dikenali sebagai ‘orang kuat Tun Mahathir’ sejak dulu hingga kini, dipercayai akan mempengaruhi Exco Pergerakan Wanita di bawah kepimpinannya ‘melobi’ dan ‘berkempen’ hingga ke peringkat akar umbi bagi menurunkan Presidennya yang tidak mesra ‘Wanita Umno’. Read more »

March 23, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

Pemulauan majlis angkat sumpah burukkan lagi imej BN

ahmad-said.jpg10.36pm | 22 Mac
JIKA majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana – sekali gus mencipta krisis berlarutan sejak tamatnya pilihan raya umum 8 Mac.

Hari ini, selepas keadaan tidak pasti selama 14 hari ini tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Read more »

March 22, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

Kemelut Terengganu: Polis keluar amaran

12.20pm | 22 Mac
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi amaran kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan apa jua bentuk hasutan, termasuk menyebarkan SMS yang mengaitkan pihak istana dalam isu pelantikan menteri besar yang sehingga kini masih belum selesai.

Ketua polis negeri, Dato’ Ayub Yaakob berkata sejak dua tiga hari lepas, polis mengesan tindakan pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh dengan menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana sehingga menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan insitusi diraja itu sendiri. Read more »

March 22, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

Perhimpunan Khas Umno perlu – Dr M

Tun Dr Mahathir11.55am | 22 Mac
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat agung luar biasa perlu diadakan bagi membincangkan sebab-sebab mengapa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno hilang majoriti dua pertiga dan mengalami kekalahan di lima buah negeri pada pilihan raya umum lepas.

Beliau mendakwa orang ramai termasuk anggota Umno mengundi parti pembangkang bukan kerana mahu menyokong parti lawan, tetapi disebabkan mereka tidak menyukai kepimpinan parti tersebut. Read more »

March 22, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

Ku Li makin ‘berahi’ dengan tekad jatuhkan ‘Anak Badawi’?

Oleh Tarmizi Mohd Jam

ku-li2.jpg11.20am | 22 Mac
WALAUPUN Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (anak Badawi) berkata tidak perlu Perhimpunan Agung Khas Umno, tetapi Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mengulangi pandangannya bahawa perubahan dalam Umno perlu berlaku untuk memulihkan kembali imej Umno yang tercalar pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Ku Li mahu perhimpunan itu sebagai medan “pertempuran” baru menguji pengaruhnya dalam Umno. Anggota Parlimen Gua Musang itu menegaskan atas alasan tersebut, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar, termasuk bertanding jawatan Presiden parti. Read more »

March 22, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet

PAS dan pakatan BA beri kerja sama kepada Zulhasnan

dr-lo-lo.jpg10.45am | 22 Mac
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali memberi jaminan wakil rakyat dari Barisan Rakyat (BR) akan bekerja sama dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Zulhasnan Mohd Rafique dalam memajukan wilayah yang menjadi nadi negara itu.

Sambil mengucap tahniah atas pelantikan semula Zulhasnan menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan Dr Lo’ Lo’ turut berharap pihak kementerian juga memberi kerja sama sepenuhnya kepada semua wakil rakyat di wilayah itu khususnya dari pakatan BR yang menguasai 10 daripada 13 kerusi Parlimen. Read more »

March 22, 2008 Posted by kelantankini | Nasional | | No Comments Yet