Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Ahli parlimen BN Sarawak sertai PKR?

richard-riot.gif9.15pm | 20 Mac
ANGGOTA Parlimen Barisan Nasional kawasan Serian Serian, Sarawak, Datuk Richard Riot Anak Jaem, hari ini diberitakan sebagai telah menganggotai PKR.

Jika berita berkenaan benar bermakna PKR kini mempunyai kerusi parlimennya yang pertama daripada Sarawak. Tindakan ini juga menjadikan jumlah wakil rakyat PKR di Dewan Rakyat kepada 32 kerusi.

Tindakan Richard juga menyebabkan BN Sarawak kehilangan dua kerusi parlimen, termasuk satu yang dimenangi oleh DAP menerusi PRU-12 baru-baru ini.

Pada waktu yang sama, tindakan Richard – ahli parlimen yang sudah beberapa penggal berada di Dewan Rakyat – juga menyebabkan jumlah keseluruhan kerusi BN di parlimen berkurangan daripada 140 kepada 139 kerusi.

Tindakan Richard diberitakan adalah permulaan kepada beberapa lagi tindakan sama di seluruh negara yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Oleh itu, mungkinkah Barisan Rakyat yang bertulangbelakangkan PKR akan berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat pusat tidak lama lagi, dan sekaligus menyebabkan BN pula menjadi parti pembangkang? Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya!

March 20, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: