Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Exco Perak diumum esok, Selangor Isnin depan

4.58pm | 20 Mac
AYER TAWAR: Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak termasuk dua timbalan menteri besar dijangka diumumkan esok setelah beberapa portfolio akan diperkemaskan hari ini pada mesyuarat sesama pakatan Barisan Alternatif.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata dua Timbalan Menteri Besar Perak masing-masing satu dari DAP dan PKR akan dipilih daripada kalangan 10 barisan Exco yang bakal dilantik itu.

“Pakatan DAP, PKR dan PAS hampir memuktamadkan senarai berkenaan. Kita hanya perlu memperkemaskan beberapa portfolio lagi yang kita jangka akan selesai pada satu mesyuarat yang akan diadakan lewat hari ini,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya satu mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan sebelum ini telah memutuskan PKR diberikan tiga jawatan Exco dan DAP enam dan PAS satu selain jawatan Menteri Besar yang telah diisi oleh Muhammad Nizar Jamaluddin.

Ngeh yang juga anggota Parlimen Beruas pada 13 Mac lepas mengumumkan bahawa beliau akan mengisi jawatan Timbalan Menteri Besar 1 manakala Timbalan Menteri Besar 2 akan diisi wakil PKR.

Bendahari PKR Perak, yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi merupakan nama yang disebut-sebut akan mengisi jawatan Timbalan Menteri Besar 2.

Sementara itu di SHAH ALAM, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memuktamadkan barisan anggota Exco kerajaan negeri dan akan mengumumkannya pada Isnin selepas Exco berkenaan mengangkat sumpah jawatan di Istana Alam Shah di Klang.

“Ya, saya akan umumkan senarainya pada Isnin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Enggan menyatakan butiran lanjut mengenai barisan itu, Khalid hanya berkata: “Kami berjaya menyelesaikannya.”

Mengenai jawatan Timbalan Menteri Besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan mengenainya selepas majlis angkat sumpah itu.

Beberapa ratus penyokong dari 12 pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Alam Shah di sini semalam meminta Khalid supaya tidak melantik Timbalan Menteri Besar.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda Umno Selangor Abdul Shukur Idrus, turut meminta Khalid supaya tidak menimbangkan bukan Melayu bagi jawatan nombor dua itu dan mengekalkan jumlah anggota majlis Melayu dalam kerajaan negeri.

March 20, 2008 - Posted by | Kerajaan BA

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: