Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Kalau sekat saya tukar saja kepada ‘presiden seumur hidup’

Ku Li ulangi kesediaan tandingi jawatan Presiden Umno 

6.13pm | 20 Mac
“PERLEMBAGAAN dalam parti membenarkan sesiapa pun bertanding. Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila,” demikian hujah Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulangi pendiriannya untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

Pada masa ini beliau satu-satunya pemimpin Umno yang menawarkan diri secara terbuka untuk menentang Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pemilihan parti akan datang.

Sebelum ini Anggota Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir menyelar secara terbuka kepimpinan Abdullah yang menjadi faktor utama prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Semalam Tengku Razaleigh mengisytiharkan secara terbuka kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan Presiden Umno.

Bercakap di sidang media di kediamannya di Kota Bharu semalam, Tengku Razaleigh berkata “Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur”.

Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pandangannya bahawa perubahan dalam Umno perlu berlaku untuk memulihkan kembali imej Umno yang tercalar pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata atas alasan tersebut, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar, termasuk bertanding jawatan presiden parti.

Pada tahun 1987, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno dan anggota Parlimen Gua Musang pernah mencabar Presiden Umno ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad tetapi tewas tipis dengan 43 undi.

Pemimpin veteran Umno itu berkata jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya untuk menolak ‘harapan’ bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan

“Keputusan ini bergantung kepada sejauh mana anggota Umno mahukan perubahan dan jika tidak, tidak apalah (tidak bertanding),” katanya.

March 20, 2008 - Posted by | Coretan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: