Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Kekosongan dua timbalan menteri akan diisi – Pak Lah

6.55am | 20 Mac
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kekosongan jawatan dua timbalan menteri ekoran penolakan dua calon asal, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman  akan diisi dalam waktu terdekat.

Abdullah berkata, sebelum melantik pengganti yang sesuai beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengenai calon pengganti Anifah manakala pengganti Tengku Azlan akan ditentukan sedikit masa lagi.

Lewat petang Kelmarin, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman membuat tindakan mengejut apabila menolak pelantikan sebagai timbalan menteri yang diumumkan Abdullah kepada pihak media tempatan dan agensi berita antarabangsa pada tengah harinya.

Mengulas tindakan kedua-duanya yang disifatkan pertama kali terjadi di mana calon dilantik dalam kabinet menolak pelantikan mereka Abdullah menafikan dua pemimpin terbabit bertengkar dengannya.

Abdullah berkata: “Semalam, kedua-duanya jumpa saya dalam suasana yang baik, tidak bertengkar dan meninggikan suara”.

Semalam beberapa sumber berkata kedua-duanya tidak berpuas hati kerana hanya diberi jawatan timbalan menteri sedangkan mereka telah lama berkhidmat dalam kabinet. Dan, jawapan Abdullah seolah-olah mengiakan perkara itu.

“Datuk Anifah kata saya dah dua penggal, kalau saya tidak dapat yang lepas ini…kalaulah saya akan teruskan juga sebagai timbalan menteri, saya ingat lebih baik Pak Lah beri kepada orang lainlah, saya sedia untuk beri laluan…nadanya tentu sekali sedih.

“Jika anda tak mahu buat, ia sesuatu yang semula jadi. (Bagaimanapun) dia akan terus kekal sebagai wakil rakyat. Tengku (Azlan) pun cakap macam itu juga, dengan nada yang sama, lebih kurang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet semalam.

Ketika mengumumkan senarai barisan baru Kabinet semalam, Abdullah mengumumkan Tengku Azlan dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar manakala Anifah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan.

March 20, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: