Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Pergerakan Wanita tiada wakil kerana ramai kalah

7.10am | 20 Mac
PERDANA Menteri berkata, Pergerakan Wanita Umno tidak mempunyai dalam kabinet barunya kerana ramai di kalangan mereka tewas dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Bagaimanapun Datuk Seri Abdullah Badawi tidak memberi alasan kenapa beliau tidak melantik Ketua Pergerakan, Datuk Seri Rafidah Aziz yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mengulas lanjut Abdullah hanya menjawab secara ringkas: “Saya harap mereka faham kerana tidak ramai Wanita UMNO yang menang pada pilihan raya umum lalu”.

Semalam Rafidah berkata beliau terkejut, kecewa dan sedih apabila tiada seorang pun pemimpin wanita (Umno), termasuk dirinya, dilantik menganggotai kabinet yang diumumkan kelmarin.

“Saya tidak mendapat indikasi (awal) bahawa nama saya (bakal) digugurkan daripada senarai kabinet. Kalau tidak jadi menteri, buat apa saya dipilih bertanding di parlimen.

“(Pergerakan) Wanita tidak pernah lihat dalam sejarah kabinet negara, tiada wakil Wanita tetapi saya tidak tanya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mengenai perkara itu.

“Ketua Wanita MCA ada (dalam kabinet), ketua Wanita Umno tiada. Tetapi tidak sedap pula bercakap hal ini.

“Tetapi saya ketua Wanita Barisan Nasional (BN), saya tidak protes kepada Perdana Menteri. Malulah saya hendak jawatan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di ibu negara semalam.

Ketika ditanya adakah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ahli Wanita Umno, Rafidah berkata, “kena tanya Perdana Menteri atau Azalina sendiri.”

Sementara itu mengulas mengenai keputusan Pergerakan Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan ke atas anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Perdana Menteri meletak jawatan berikutan pencapaian buruk BN pada pilihan raya umum baru-baru ini, Abdullah berkata:

“Itu keputusan Pemuda, jika mereka fikir itu yang terbaik untuk parti, terpulang kepada merekalah. Saya tidak menentukan apa yang Pemuda boleh dan tidak boleh buat.

“Saya dah minta Pemuda buat ketetapan… biarkan mereka buat keputusan dan mereka sudah buat keputusan, jadi, okeylah.”

March 20, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: