Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Raja Nazrin tegur penganjuran sambutan kebesaran Islam sekadar bersifat rutin

5.05pm | 20 Mac
IPOH: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Raja Dr Nazrin hari ini menegur penganjuran acara-acara sambutan kebesaran dalam Islam yang sekadar bersifat ‘ritualistik’ ataus secara rutin saja.

Sebaliknya Baginda berharap agar acara-acara seperti sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun dapat memberikan impak kepada masyarakat kerana ia melibatkan perbelanjaan dan tenaga yang banyak.

“Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan. Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin; Mufti Negeri, Dato’ Seri Harussani Zakaria serta pemimpin kerajaan negeri.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.

“Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan. Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” titahnya.

March 20, 2008 - Posted by | Kerajaan BA

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: