Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Sokongan, doa pelbagai kaum kuatkan semangat saya – Tok Guru

“Tok Guru jangan mati lagi..” – kaum Cina

12.00pm | 20 Mac
KOTA BHARU: Menteri Besar melahir rasa terharu terhadap sokongan tidak putus-putus diterimanya, termasuk dari kaum Cina dan masyarakat bukan Islam lain agar beliau terus menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, mereka bukan saja memberi sokongan di depan mata tetapi turut berdoa agar beliau sentiasa sihat dan panjang umur untuk memimpin negeri ini.

Daripada sokongan moral tidak putus-putus diterimanya menyebabkan beliau terus bersemangat dan kesihatannya juga dalam keadaan baik selain sentiasa memakan ubat yang dibekalkan oleh doktornya.

“Saya masih sihat, saya makan ubat, (selain itu)  ramai yang doakan saya sihat termasuk kaum Cina di negeri ini.

“Saya akan terus memegang jawatan ini selagi kesihatan masih mengizinkan,” katanya pada sidang media pertamanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco penggal ini di Pejabat Pentadbiran Negeri Kota Darulnaim, semalam.

Menurut Mursyidul Am PAS itu beliau sangat terhibur kerana sokongan supaya beliau terus mentadbir negeri datang dari semua kaum sama ada Islam atau bukan Islam.

Sambil tersenyum Tuan Guru Nik Aziz menambah: “Ada orang Cina yang datang kepada saya dan katakan, Tok Guru jangan mati lagi.. insya-Allah saya akan terus memegang jawatan (Menteri Besar),” katanya.

Kenyataan beliau itu sekaligus menolak desas desus banyak pihak kononnya beliau hanya memegang Menteri Besar dalam tempoh singkat dan akan menyerahkan jawatan berkenaan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Tok Guru’ sama ada kawan atau lawan serta masyarakat bukan Islam memegang jawatan Menteri Besar sejak 18 tahun lalu selepas gabungan PAS dan Parti Semangat 46 (PS46) yang membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) memenangi semua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 Parlimen yang dipertandingkan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990.

Pada tahun 1995 PAS dan PS46 sekali lagi diberi mandat oleh rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan sebelum parti Islam itu mentadbir secara bersendirian ekoran tindakan Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan parti pimpinannya itu untuk kembali ke pangkuan Umno.

Sejak itu rakyat terus memberi sokongan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal dilantik Menteri Besar untuk menerajui kerajaan negeri Serambi Mekah.

Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas, PAS memenangi 38 daripada 40 kerusi DUN yang ditandinginya untuk membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

March 20, 2008 - Posted by | Kelantan

1 Comment »

  1. Doa saya sentiasa agar Tok Guru diberikan kesihatan yang baik, usia yang panjang, kekuatan jasmani dan rohani yang baik untuk beliau terus mendidik rakyat. Semoga akan muncullah waris kepemimpinan ulama’ yang seperti beliau.

    Comment by KakChik | March 21, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: