Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Web Kelantankini diceroboh!

Pihak server telah dapat mengesan punca masalah dialami laman web kelantankini. Dalam e-mail terbaru yang dikirim kepada kami, setelah siasatan dijalankan pihak server mendapati terdapat pihak ketiga yang telah menceroboh masuk ke dalam Cpanel dengan IP address “62.30.115.12” (kemungkinan IP spoof). IP ini telah melakukan download DoS dari akaun kelantankini ke server lain yang menyebabkan bandwidth Web Kelantankini disedut lebih cepat daripada masa Cpanel menyemak bandwidth akaun Kelantankini.

Oleh kerana kami bukan pakar dalam bab berkenaan, kami berbesar hati jika ada pengunjung budiman yang dapat berkongsi idea dan membantu kami dalam hal ini bagi memastikan Laman Web ini dapat terus beroperasi dengan lancar. Segala pandangan boleh dikemuka terus di ruangan comments atau email (kelantankini@gmail.com). Atas kerja sama yang diberikan sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan. – Admin

March 20, 2008 - Posted by | Admin

No comments yet.

Leave a comment