Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Apa strategi pakatan BA selepas pilihan raya umum

Artikel Bebas
Oleh Syahzidani
(Disiar tanpa edit – Admin)

barisan-rakyat.jpg9.20am | 21 Mac
UMUM telah mengetahui tentang keputusan plihanraya umum yg ke 12 yg memperlihatkan penolakan rakyat terbanyak terhadap hagemoni 50 tahun kepimpinan BN (UMNO MIC MCA). Jelas politik perjuangan berdasarkan kaum tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.

Sentimen perkauman nyata tidak membuahkan hasil melihat reality kehidupan rakyat yg semakin terhimpit. Tidak kira samada mereka Melayu Cina India Iban atau Kadazan, mereka sama2 merasai dan menaggung beban yg sama yg membuatkan mereka mungkin buat seketika melupakan kepentingan perkauman kerana masing2 sibuk memikirkan hal masalah hidup masing-masing. 8 mac adalah detik yg akan tercatat dalam sejarah politik Negara apabila rakyat nekad keluar mengundi merentas sempadan perkauman atas nama dan semangat perjuangan bersama untuk keluar dari kemelut (ekonomi, social, agama) kesan pemerintahan BN selama 50 tahun.

Justeru pakatan Barisan Rakyat harus memandang serius situasi ini walaupun terdapat segelintir pihak mengatakan sentiment ini hanya sementara. Strategi baru harus segera dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan Barisan Rakyat terus releven untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak.

Warkah buat PAS

Pada hemat saya, kejayaan Pas yg terbesar kali ini adalah hasil usaha gigih para pemimpin dan penggerak parti yg terus menerus bersifat merakyat yg nyata berlainan dgn cara umno yg lebih menonjolkan sifat elit mereka yg hanya bergaul dgn golongan kaya berduit kerana bagi mereka duit adalah segalanya.

Akan tetapi Pas membuktikan didikan perjuangan atas dasar ISLAM sebagai faktor penyatuan ummah menghasilkan kelompok penggerak parti yg bersifat ikhlas dan tidak mementingkan kebendaan sementara umno dalam semua gerak kerja partinya tidak boleh lekang dari pengaruh duit lantas melahirkan kelompok lain yg berjuang atas dasar untuk mendapat projek2, kontrek2, pengaruh, nama dan kuasa.

Terbukti faktor perjuangan Islam yg bersifat universal itu mengatasi perjuangan atas dasar ras, bangsa dan kaum. Dalam hal ini perjuangan mendaulatkan ketuanan melayu itu telah gagal dan kegagalannya adalah disebabkan ia turut disertakan dgn matlamat lain (duit, kuasa, pengaruh dan nama).

Sungguh pun sejarah menunjukkan banyak Negara lahir kesan perjuangan kebangsaan namun harus diingat bahawa sebelum itu telah wujud juga Negara yg tegak atas matlamat islam. Maka PAS harus terus meletakkan ISLAM yg universal itu sebagai matlamatnya kerana terbukti ideology(secular, komunist, fascist, liberal) lain telah gagal dalam menyatu dan membangunkan manusia.

Strategi Pas dgn manifesto NEGARA BERKEBAJIKAN patut dipuji kerana memperlihatkan sifat dan aliran pemikiran pimpinan PAS yg bersifat massa dan realistic yg tidak lagi dibelenggu dgn rethorik2 dan sifat terlampau idealistic untuk menegakkan NEGARA ISLAM DAN HUDUD yg akhirnya memakan diri sendiri lantaran gagasan ini hanya difahami oleh segelintir orang islam sahaja dan menafikan kewujudan dan keberadaan kaum2 lain seperti cina india yg jelas masih kabur dgn gagasan ini.

Justeru PAS harus terus mngorak langkah secara bijaksana dan tidak terburu-buru bagi mendekati rakyat (samada Islam dan bukan Islam) melalui pendidikan, ceramah, majis2 sosial, high tea, dinner dan usrah bagi menjelaskan maksud perjuaangan PAS kepada mereka agar akhirnya mereka sendiri akan tertarik kepada perjuangan dan gagasan ini dan bersedia memikul dan menerima NEGARA ISLAM DAN HUDUD. (after all… this is the one and only sytem that has been proven to be able to solve a lot of current problem (economy, social, justice)).

PAS harus terus membawa pendekatan yg lebih bijaksana dengan mempamerkan dasar perjuangan yg memperlihatkan INTIPATI ISLAM itu sendiri berbanding nama luaran ISLAMdan HUDUD itu sendiri . Dalam hal ini agenda Negara Berkebajikan (bersifat merakyat, anti rasuah, adil, telus) adalah satu contoh pendekatan terbaik PAS mempamerkan maksud NEGARA ISLAM itu. After all… bukankah ISLAM itu maksudnya SELAMAT, SEJAHTERA, AMAN , SEMPURNA DAN MAKMUR? Dan Negara Islam itu tegak atas maksud Al quran “ Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur” (Negeri yang baik (aman, adil, makmur, BERKEBAJIKAN dan Tuhan yg Pengampun(dirahmati)? .

NEGARA = TANAH, AIR, LANGIT, UDARA
ISLAM = SELAMAT, SEJAHTERA, AMAN, MAKMUR, BERKEBAJIKAN?
NEGARA ISLAM= NEGARA SELAMAT, SEJAHTERA, AMAN, MAKMUR, BERKEBAJIKAN?

“KAMI PERJUANGKAN NEGARA ISLAM”….. ”KAMI PERJUANGKAN NEGARA BERKEBAJIKAN”

(isn’t it all the same thing here?)..its looks the same to me…later sounds more acceptable to me..

Suka saya membuat analogy disini bahawa perjuangan Pas itu mestilah dilihat umpama sebiji ROKET ATAU PELURU. ROKET / PELURU ini namanya ISLAM didalam tersimpan sari intipati ajaran Islamnya bermula dari hal-hal bersabit pembinaan rohani diri kepada hal bersabit masyarakat, sosial, Negara, undang2, hudud, syariah,ekonomi,pendidikan, keadilan, hak sama rata, tidak perkauman,amanah, berkebajikan dan sebagainya. Namun sekiranya kepala roket itu diperlihatkan dgn LABEL NEGARA ISLAM DAN HUDUD, nescaya akan takutlah orang melihatnya lantas lari bertempiaran kerana tidak faham mereka pada maksud undang2 HUDUD hingga menyebabkan mereka menolaknya atau hanya lantaran takut dan bimbang (walaupun mereka faham) dan bukan kerana sebab2 lain. Akan tetapi kalau kepala roket itu dihias dgn label NEGARA BERKEBAJIKAN ( which is actually = NEGARA SELAMAT (NEGARA ISLAM)..

MAKA ORANG RAMAI SENANG MENERIMANYA DAN AKAN SAMA NAIK ROKET TERSEBUT…

Strategi PAS dengan idea pendekatan MESRA BUKAN ISLAM harus juga dipuji. Upaya menarik golongan bukan Islam cina india kadazan dalam platform KELAB PENYOKONG PAS dilihat dapat membantu PAS dalam menjelaskan maksud perjuangan PAS melalui bahasa mereka sendiri. (after all…tidak semua orang bukan islam itu takut pada islam dan segelintir mereka bahkan lebih faham kebaikan system islam itu berbanding org melayu islam itu sendiri). Strategi ini amat2 berkesan di Bandar-bandar dengan kadar celik pengetahuan yg tinggi oleh itu approach ini perlu diperhebatkan lagi. (tahniah pd bro. Mujahid yusuf rawa…you rock man…:)

Menyingkap sedikit sejarah penubuhan NEGARA ISLAM= BERKEBAJIKAN Madinah….negara ini dibentuk oleh Rasulullah s.a.w atas persetujuan ansar dan muhajirin yg awalnya mereka bukan islam. (begitu juga kewujudan yahudi dan kristian jgn dilupa). Mereka datang menjemput nabi bagi memimpin mereka lantaran keadaan mereka ketika itu yg sentiasa berbalah (kesan faktor hidup mereka yg berdasarkan perkauman dan berebut kekayaan). Lantaran yakin dengan AJARAN ISLAM yg dibawa Rasulullah mampu menyelamatkan mereka dari huru hara maka mereka menghulur tangan pada nabi mengambil janji setia untuk bernaung dibawah payung system ISLAM yg demokratik, adil dan meletakkan semua kaum sama rata ( isn’t this what DAP is looking for? Cant they see it clearly? Islam has long before talking about equality.)

Maka tangan yg dihulur disambut Rasulullah dgn tekad menjamin Negara yg diwujudkan adalah berdasarkan kefahaman dan bukan paksaan..(simply to say…SINCE U ASK ME TO LEAD U WITH MY ISLAMIC SYSTEM SO I EXPECT U HAVE ALREADY UNDERSTAND THE WAY THE SYSTEM WILL WORK…IF NOT THEN I WILL TEACH U…haa macam tu lah inference nye..) BUT …please bare in mind waktu tu tak wujud lagi term NEGARA ISLAM/NEGARA BERKEBAJIKAN/ HUDUD…yg ditekankan ialah kesaksamaan, keadilan social ekonomi, ketaatan pd pemimpin dan keperluan mengikut perintah Rasulullah sebagai KETUA AGAMA DAN RAKYAT…PERLEMBAGAANNYA BERDASARKAN SYARIAH BERASASKAN ALQURAN

PERLU DIINGAT JUGA BAHAWA WAKTU ITU ALQURAN ITU BELUM LENGKAP DAN HANYA BILA SELESAI TURUNNYA ALQURAN MAKA WAKTU ITULAH SYARIAH ITU LENGKAP SEPENUHNYA (TERMASUK HUKUM HUDUD=POTONG TANGAN-REJAM, POLIGAMI, TALAK DLL.) kemudian dari itu adalah syariah itu terbentuk atas kefahaman para sahabat pada Al Quran dan Hadith sebagai sumber rujukan selain ijtihad mereka.

Apa yg ingin saya tekankan bukanlah ingin menafikan usaha PAS selama ini dalam memperjuangkan politik Islam Cuma saya ingin tekankan bahawa WHEN IT COMES TO TALK ABOUT FORMING AN ISLAMIC STATE (CARING STATE actually) ESPECIALLY IMPLEMENTING HUDUD ( which is actually part of 0.001% of the entire SYARIAH) then it must be based on pure understanding of the public regarding what ISLAM is all about and what the benefit of it for the public…perlu dijelaskan bahawa tidak lah bermakna mereka perlu memeluk islam..
SIMPLY TO SAY..WE HAVE TO EDUCATE THEM (the rakyat especially non muslim) FIRST ABOUT ISLAM..IMPLEMENTATION OF IT SHOULD COME LATER WHEN THEY ARE READY TO UPHOLD IT AND EMBRACE IT….even it is wise to even for us muslim not to use or AVOID TO USE ISLAMIC TERM which could further shy them away from us….( please study the approach of RECEP TEYYEP ERDOGAN’S PARTY AK IN TURKEY. There is nothing wrong with that…its example of brilliant political strategy)
Warkah buat PKR

Sebagai parti yg baru kekuatan PKR tidak dinafikan pada tokoh yg ada di dalamnya iaitu ANWAR IBRAHIM. Namun kekuatan utamanya terletak pada parti ini yg bersifat multiracial..(again plz study PARTI AK in turkey..i am sure they are not like PAS which membership are of those muslim ONLY). PKR bangkit dengan kesedaran bahawa politik perkauman tidak lagi mendapat tempat dalam suasana semasa yg memperlihatkan tekanan ekonomi melebihi kehendak perjuangan kaum.

Kita melangkah ke tahun 2008 dan isu 13 mei tidak lagi releven untuk diguna sebagai umpan menakutkan rakyat. Rakyat semakin matang dengan politik. Kita perlu sedar bahawa perjuangan perkauman yg ada kini merupakan perjuangan yg sudah lapuk yg hanya di perjuangkan oleh golongan berusia 45 tahun ke atas dan golongan ini semakin lama akan semakin pupus dan diganti oleh golongan generasi muda yg lebih kritikal, analitikal dengan isu-isu persekitaran mereka.

Lantaran itulah apa yg mereka lebih risaukan ialah samada mereka boleh hidup dalam Negara yg aman, selamat, makmur, cukup makan, ada pekerjaan, ada keadilan social dan kefahaman bahawa urusan hidup mereka adalah berteraskan merit bukan perkauman sempit. Mungkin apa yg saya sebut ini tidak mencerminkan situasi sebenar sekarang namun harus diingat bahawa zaman akan berubah dan cara pemikiran manusia juga akan berubah. Kita bukan hidup dalam dunia seperti katak bawah tempurung tetapi kita hidup dalam zaman maklumat yg mana dimana sahaja kita pergi kita sentiasa dapat acces kepada maklumat.

Keupayaan generasi baru yg bersifat analitikal dan kritikal hasil dasar kerajaan yg banyak menghantar pelajar ke luar Negara (samada barat atau timur tengah) menghasilkan generasi terpelajar yg kemudian menjadi penggerak masyarakat. Golongan ini tidak mudah digula-gula atau di momokkan oleh propaganda-propaganda murahan. ( they have the ability to acces information and able to think, scrutinizing everything and come to a good conclusion…thanks to TUN MAHATHIR….ini adalah hasil dasar2 pemerintahan anda yg membuahkan hasil…haha). Golongan ini dapat membezakan antara kebenaran,keaslian, kepalsuan, dan kepura-puraan.

Justeru sebarang tindakan bodoh kerajaan dan pembangkang dapat dilihat dengan jelas walau pelbagai usaha dilakukan bagi menutup dan menampakkan seolah-olah segalanya baik belaka.

Justeru PKR harus menggunakan kekuatan generasi muda yg berlatar belakang pelbagai ini sebagai penggerak masyarakat massa bersifat terkehadapan dan kemampuan pimpinan PKR (ability to relate yourself with the mass public or mainstream way of thinking) memberi advantage kepada PKR mengatasi parti2 lain.

Dalam hal ini PAS DAP PKR harus juga sedar bahwa pendokong gerakan mereka bukan lagi kalangan chauvinis perkauman sempit tetapi golongan yg melihat kepada keperluan untuk hidup dalam harmoni, sama rata, tidak dengki mendengki dgn kejayaan org lain dan yg pasti adalah hidup berdasarkan sistem meritokrasi..(kejayaan dan kekayaan diukur berdasarkan merit, kamu tidak boleh salahkan org lain kalau kamu gagal atau miskin kerana kamu memilihnya sendiri). Namun tidak lah dinafikan bahawa keperluan kepada dasar KERAJAAN yg mampu memastikan pengagihan kekayaan samarata dan membela rakyat, maka Agenda Ekonomi Malaysia adalah satu yg realistic yg mampu menggantikan Dasar Ekonomi Baru yg lapuk yg hanya mengayakan segelintir kelompok elit sahaja.

Harus juga dingat bahawa PKR juga mesti kekal dgn sifatnya yg merakyat mampu mengenal dan menghidu permasalahan rakyat. Sifat ini telah lama hilang dari kepimpinan UMNO BN yg ramai hanyut dgn khayalan mimpi pertelagahan merebut kuasa, projek dan kontrek2 hinga melupakan masalah rakyat terbanyak yg miskin (dibandar dan kampong) dan mundur. Apa yg diisaukan ialah kebanyakan pimpinan PKR itu datangnya dari UMNO dan dikhuatiri budaya UMNO ini akan mula menular lebih2 lagi bila sekarang mereka sudah mampu memiliki negeri kaya seperti Selangor. Mesti diingat bahawa anda ddilantik oleh rakyat maka dekati rakyat dan jgn abaikan mereka.

Sebagai parti yg bersifat pelbagai kaum, PKR adakah jambatan penghubung terbaik antara PAS dan DAP maka usaha berterusan diperlukan bagi akhirnya dapat menaut kembali hubungan antara dua parti yg pernah suatu ketika peimpinnya (Tuan Guru Hadi Awang dan Lim Kit siang) pernah berjabat tangan dan berpelukan mesra lambang perpaduan dan persahabatan. Namun lantaran kesilapan PAS yg cepat melatah berhubung Negara ISLAM dan HUDUD dan kegagalan DAP memahami intipati NEGARA ISLAM itu menyebabkan mereka berpisah dan member peluang kepada musuh2 melakukan propaganda yg akhirnya merugikan mereka sendiri.

PKR harus menonjolkan diri mereka sebagai parti yg bersifat rakyat, massa dan juga bersifat masa hadapan agar tetap terus releven seperti mana akan kekalnya relevennya PAS lantaran perjuangan ISLAM sebagai teras universal yg akan sentiasa releven sepanjang zaman (sampai kiamat). Sifat PKR yg tampak tidak ultra sekular dan tidak pula terlalu islamist memberi satu imej yg selesa kepada majority kelompok rakyat yg kurang selesa dengan parti yg bersifat islamist seperti PAS dan ultra secular seperti DAP.

elompok inilah merupakan sebilangan masyarakat yg selesa dgn identity Negara Malaysia hari ini iaitu Negara yg maju, progresif, beraja dan bersultan, berperlembagaan dan beragama. Maka, parti-parti seperti PAS dan DAP tidak boleh menafikan kewujudan kelompok ini dan terus menekan kelompok ini agar menerima teras perjuangan mereka. PKR sebaliknya harus menggunakan kesempatan ini meraih sokongan mereka agar bersama-sama dalam usaha mendokong agenda reformasi Negara.
Warkah buat DAP

Sebagai parti yg mempunyai sejarah tersendiri, DAP kalau dilihat hampir menyamai identity PKR yg bersifat multiracial. Selama ini DAP selesa dgn fungsi sebagai kilang melahirkan tokoh2 pembangkang yg lantang menyanggah kerajaan dan bertindak sebagai watchdog kepada dasa-dasar kerajaan. DAP juga dilihat lebih menjurus kepada memperjuangkan suara-suara minority cina dan india yg dalam masa yg sama juga duwakili oleh MCA MIC PPP dan GERAKAN.

Yg membezakan DAP dengan MCA PPP GERAKAN dan MIC ialah agenda Malaysia Malaysia nya yg dilihat sukar diterima oleh golongan melayu yg masih berpegang kuat dgn dasar perkauman melayu mereka. Namun saya ulangi sekali lagi realitinya agenda itu kini mula diterima pakai oleh golongan generasi baru seperti yg telah saya perincikan pada warkah buat PKR. Justeru, DAP harus mengambil inisiatif dan pendekatan yg serupa seperti mana PKR.

Walaubagaimanapun, reality pasca pilihanraya ke 12 menyaksikan DAP buat kali pertama mampu membentuk kerajaan sendiri dgn pakatan pembangkang lain sebagai bukti jelasagenda perjanagn mereka diterima umum. Namun harus diingat juga bahawa DAP tidak boleh mendabik dada dengan mudah membuat kesimpulan bahawa rakyat bersama mereka lantas terus tergesa-gesa menunjukkan taring melaksanakan agenda teras perjuangan mereka.

Banyak factor yg menyumbang kea rah kemenangan besar DAP di banyak negeri dan perlu diingat ianya bukan kerana rakyat benar2 menyokong dasar perjuangan DAP khusus kelompok Melayu Islam akan tetapi lebih kepada mengambil pendekatan taat menyahut seruan pimpinan Barisan Alternatif supaya pembangkang bersatu dalam strategi satu lawan satu. Maka sebab itulah dibanyak kawasan DAP menang besar jangan harus dinafikan peranan org melayu Islam dalam menyokong memenangkan DAP. Sokongan mereka bukan sangat kerana yakin dengan teras perjuangan DAP tetapi dalam satu usaha bersama di dalam gagasan Barisan Rakyat untuk menjatuhkan BN dan menafikan hagemoni UMNO yg sekian lama menekan rakyat termasuk orang melayu. Namun apa yg dikecewakan ialah kenyataan terbuka LIM KIT SIANG yg menolak kewujudan gagasan Barisan Rakyat hanya kerana takut kehilangan sokongan kerana takut dikaitkan dengan ISLAM MELAYU dan PAS. Kerana takut dilihat jikalau mengundi BR atau BA=mengundi PAS NEGARA ISLAM HUDUD (sungguhpun PAS telah mengubah pendekatan kepada Negara Berkebajikan)

UNDI DAP= UNDI PAS NEGARA ISLAM kerana formula yg sama mereka guna dalam kempen mereka iaitu

UNDI MCA MIC GERAKAN= UNDI UMNO…….

Maka disini terdapat dua perkara lagi yg perlu DAP lakukan dalam usaha meraih sokongan melayu supaya betul2 memberi undi kepada DAP akan datang iaitu DAP harus berusaha menonjolkan diri agar tampak lebih MESRA MELAYU DAN ISLAM. Susulan tingkah laku beberapa pemimpin DAP yg melatah (mungkin kerana baru pertama kali mendapat kuasa) memperlihatkan imej yg buruk DAP di kacamata umat MELAYU ISLAM. Tindakan yg dilihat semacam cuba mendesak menafikan hak Sultan Perak dan Selangor dalam perlantikan jawatan Menteri Besar, Timabalan Menteri Besar dan kuota exco yg dijamin didalam perlembagaan negeri adalah suatu cubaan membunuh diri. Menjadi resam orang yg menang untuk terburu-buru menuntut perubahan namun sebenarnya tindakan ini amat tidak bijak dan boleh mengundang persoalan.

Mujurlah tindakan susulan memohon maaf sedikit sebanyak membantu memulihkan imej yg tercalar lantaran dilihat terlalu biadap, tidak faham protocol berurusan dgn Sultan, tamak kuasa dan tergesa-gesa seolah-olah terdapat agenda tersembunyi di sebalik perjuangan DAP. Adalah lebih baik dan molek bagi DAP tidak mencermin perilaku meminta-minta terutama dalam hal-hal melibatkan kuasa Sultan kerana adalah suatu yg dilihat tidak sopan bagi rakyat menuntut sesuatu dari Raja yg mana memiliki kuasa undang2 negeri yg dijamin oleh pelembagaan. Kesemua isu ini perlu diberi perhatian oleh DAP dalam usaha meraih kemenangan akan datang. Sepertimana usaha PAS dengan pendekatan MESRA BUKAN ISLAM dengan gerakan penubuhan KELAB PENYOKONG PAS maka DAP juga harus mengorak langkah kea rah mendekati orang melayu islam.

Perlu di ambil perhatian sepertimana takutnya org cina dan india terhadap dgn agenda NEGARA ISLAM HUDUD nya keadaan yg sama berlaku pada golongan Melayu Islam (kelompok Islamist bukan secular) yg rata-rata masih sangsi dgn keikhlasan perjuangan DAP yg pada fahaman mereka bersifat Chauvinis keCinaan dan membenci orang-orang Melayu Islam terutama berkenaan dengan usaha menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu yg terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Insiden2 berkenaan perlantikan MB juga harus diberi perhatian bahawa sebanyak mana pun kerusi yg dimenangi DAP kelak tidak menjamin hak mutlak mereka dapat membentuk kerajaan sekiranya undang2 tubuh negeri mensyaratkan hanya Melayu Islam layak menjadi Menteri Besar. Cubaan menafikan dan menunjukkan rasa tidak senang tentang perkara ini adalah tindakan yg tidak bijak sebaliknya pada masa akan datang DAP perlu memikirkan untuk meletakkan calon2 Melayu Islam bagi memastikan wakil DAP sebagai MB. Kalau dilhat sejarah DAP sendiri pernah memiliki calon2 Melayu namun reality hari ini tidak lagi.

DAP lebih dilihat memperjuangkan hak CINA dan INDIA dan cenderung bersikap menetang dalam hal-hal berkaitan institusi Kesultanan, Melayu dan Islam yg nyata merupakan sesuatu yg sensitive dan dekat di hati pengundi Melayu. Langkah Ketua Menteri Pulau Pinang LIM GUAN ENG menghadiri Majlis sambutan Maulidurr Rasul harus dipuji dan menonjolkan imej baru DAP yg MESRA MELAYU ISLAM. Tindakan2 lain harus disusuli dan dijadikan contoh ikutan oleh kesemua pimpinan DAP. Sekiranya tidak maka jangan terkejut sekiranya akan datang DAP tidak lagi boleh diterima dan ditolak oleh orang Melayu hanya kerana mereka takut jikalau DAP berkuasa habis hak2 Melayu dinafikan termasuk hak Sultan dan Islam!
DAP harus sedar tentang kewujudan golongan modernis yg lebih selesa dengan identity Malaysia yg bersifat maju, progresif, beraja dan bersultan, berperlembagaan dan beragama yg adakalanya jelas bertentangan dengan agenda ultra secular DAP.

Suka atau tidak DAP harus bersungguh mempamerkan kepada orang Melayu Islam bahawa teras perjuangan DAP tidak akan menafikan hak2 orang Melayu Islam dan contoh terbaik usaha ini ialah dengan Pulau Pinang sebagai contoh pelaksanaan pentadbiran yg baik. Sekiranya DAP berjaya menambat hati orang Melayu Pulau Pinang maka jangan terkejut sekiranya pilihanraya akan datang orang melayu islam keluar beramai-ramai membawa dan mengebarkan bendera dan memakai baju dan bandana DAP roket dan tidak lagi menyokong UMNO seperti mana orang2 cina dan india di Kelantan menyokong Tok Guru Nik Aziz dan PAS!

DAP juga tidak boleh menafikan hakikat kewujudan Negeri-negeri Melayu Islam Beraja. Bahawa negeri-negeri ini adalah negeri orang2 islam melayu maka segala yang bersangkutan dengannya perlu dihormati. Jangan lah hanya kerana takut hilang sokongan dari kalangan khalayak cina dan india maka elemen-elemen melayu islam dilekeh-lekehkan sebaliknya berhati-hatilah dalam membuat kenyataan dan pandangan, jgn hentam keromo dan terpedaya dgn helah media kerajaan terutama hal-hal bersangkutan ISLAM dan PAS yg akan hanya menyebabkan oranng Melayu menjauhkan diri dari DAP.

Usaha PAS yg ingin menghulurkan tangan kerjasama dengan DAP harus tidak dipandang remeh hanya kerana takut kehilangan penyokong gara-gara dilihat cenderung kepada ISLAM. Ingat, sekiranya PAS dan PKR berjaya berperanan mendidik dan menyatukan orang Melayu atas keperluan bersatu mengundi DAP mengapa tidak DAP juga berusaha mendidik menerangkan kalangan penyokongnya supaya memahami keperluan yg sama dan menyokong PAS dan PKR dalam agenda bersama menjatuhkan BN. Janganlah ada suara2 DAP yg berterusan takut dengan ISLAM dan HUKUM HUDUD PAS sebaliknya fokuslah kepada hal2 bersama seperti keadilan, ketelusan, sama rata yg kesemuanya juga menjadi inpati ajaran Islam dan perjuangan PAS. Tidak timbul isu menjadikan Negara ini seperti Iran atau Taliban itu hanya propaganda BN memecahbelahkan kesatuan rakyat. Hakikat bahawa DAP sendiri telah hidup lama di dalam negeri melayu islam beraja maka mengapa perlu gelabah?

BARISAN RAKYAT HARAPAN RAKYAT

Jelas kalau dilihat kembali bahawa gagasan Barisan Nasional dibina atas dasar perjuangan perkauman dan perkongsian kuasa yg terbukti telah Berjaya. Barisan Rakyat pula lahir atas semangat kesedaran rakyat yg menolak nilai perkauman. Namun sekiranya semangat ini tidak diambil peduli oleh PAS DAP PKR maka nyata rakyat akan kembali semula kepada BN. Apalah bezanya sekiranya PAS terus berkeras dengan HUDUD nya dan DAP dengan sifat ultra sekularnya, lebih baik memilih BN.

Setidaknya ia menjamin keharmonian dan Berjaya menjaga sentiment agama dan bangsa lebih baik berbanding PAS dan DAP atau mungkin saja nanti rakyat akan memihak kepada PAS+PKR sahaja dan DAP akan ditinggalkan kerana sifatnya yg menafikan reality bahawa pendirian ultra secular sukar diterima oleh rakyat Melayu Islam terbanyak. Setidaknya, PAS berusaha mengubah imej yg keras kepada lebih mesra bukan islam dan mengambil pendekatan berbincang berbanding DAP yg dilihat angkuh dan tidak mesra Melayu.

Rakyat menolak BN kerana sikap perkauman dan amalan rasuah pemimpinnya dan menerima BR kerana tidak rasuah dan tidak perkauman. Namun sekiranya PAS dan DAP gagal duduk semeja hanya kerana DAP takut hilang sokongan maka jangan terkejut sekiranya rakyat terbanyak akan menolak DAP kerana bersifat perkauman dan sebaliknya menyokong kembali BN dan kekal bersama PKR dan PAS.
Perjuangan Barisan Rakyat adalah untuk mengembalikan semula daya saing Malaysia dan kesatuan rakyat Malaysia supaya kelak kita dapat merasai semula suasana kehidupan yang harmoni dan selesa yg pernah dikecapi oleh nenek moyang kita di mana orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Iban boleh hidup bersatu dan duduk semeja makan bersama tanpa prejudis perkauman yg sekian lama dimomokkan oleh dasar pecah dan perintah warisan penjajah.

March 21, 2008 - Posted by | Respon

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: