Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Exco baru diyakini mantapkan pentadbiran negeri – TMB

ahmad-yakob.jpg10.35am | 21 Mac
KOTA BHARU: Tiada perubahan besar berlaku pada portfolio Exco Kerajaan Kelantan untuk penggal ini walaupun tiga muka baru termasuk seorang wanita dilantik sebagai anggota Exco.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal menerajui Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli.

Manakala beliau sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, (sebelum ini diterajui Dato’ Husam Musa) dan mengekalkan portfolio lamanya Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Husam turut mengekalkan portfolio lama sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan.

“Portfolio Kebajikan menggantikan Pembangunan Masyarakat yang diguna sebelum ini supaya ia seiring pentadbiran kerajaan negeri ke arah negeri berkebajikan.

Exco baru yang dilantik, Dr Mohd Fadzli Hassan diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.

Che Abdullah Mat Nawi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, manakala Wan Ubaidah Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Ahmad berkata, saf anggota Exco yang mantap itu diyakini masalah rakyat di semua peringkat dapat diatasi dengan baik.

“Saya juga berkeyakinan penuh, anggota Exco kita dapat menjalankan tugas mereka dengan baik, termasuk tiga orang muka baru,” ujarnya.

March 21, 2008 - Posted by | Kelantan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: