Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Peletakan jawatan Radzi kerana didesak?

Oleh Ruhanie Ahmad

Radzi-Syeikh-Ahmad10.25am | 21 Mac
BEBERAPA pihak menganggap Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kecewa tidak dilantik sebagai menteri.

Hakikat sebenarnya bukan begitu. Sumber-sumber berwibawa memberitahu saya, Radzi mengosongkan kedua-dua jawatan di atas berkuatkuasa hari ini, kerana beliau didesak berbuat demikian oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebabnya tidak jelas. Tetapi, sumber-sumber berkenaan menyatakan bahawa Radzi dikatakan telah dituduh oleh Abdullah sebagai “mempunyai agendanya yang tersendiri di dalam Umno”.

Sebab itulah agaknya dalam laporan Bernama, Radzi “tidak menafikan bahawa beliau menerima tekanan”.

Sebab itulah juga laporan Bernama memetik Radzi sebagai “menolak anggapan bahawa keputusannya itu dibuat setelah kecewa kerana tidak dipilih menganggotai semula kabinet” ataupun “mempunyai hubung kait dengan kemelut Umno di Perlis yang turut menyaksikan Dato’ Seri Shahidan Kassim tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar”.

Sumber-sumber lain pula memberitahu bahawa peletakan jawatan Radzi adalah “sebahagian daripada percaturan politik pihak-pihak yang mendominasikan Abdullah selama ini”.

Kata sumber-sumber itu lagi, “ini kerana ada pihak mendapati Radzi sebagai batu penghalang utama kepada beberapa usaha yang mahu dilaksanakan oleh pihak terbabit menerusi Umno”.

Siapakah pihak-pihak berkenaan? Mengapakah Abdullah seolah-olah akur kepada mereka? Apakah bentuk “usaha” yang mahu mereka laksanakan menerusi Umno, tetapi tertangguh akibat Radzi sebagai penghalang utamanya?

March 21, 2008 - Posted by | Fikrah

1 Comment »

  1. FIKRAH APA PULAK NI

    Comment by radzhi | May 29, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: