Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Kemelut Terengganu: Polis keluar amaran

12.20pm | 22 Mac
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi amaran kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan apa jua bentuk hasutan, termasuk menyebarkan SMS yang mengaitkan pihak istana dalam isu pelantikan menteri besar yang sehingga kini masih belum selesai.

Ketua polis negeri, Dato’ Ayub Yaakob berkata sejak dua tiga hari lepas, polis mengesan tindakan pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh dengan menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana sehingga menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan insitusi diraja itu sendiri.

“Kita minta rakyat di negeri supaya bersabar dengan keadaan sekarang dan jangan cuba menimbulkan sesuatu yang boleh membangkitkan keresahan masyarakat berhubung isu ini.

“Apa jua keputusan nanti dan siapa jua yang dilantik sebagai menteri besar, rakyat harus akur pemilihan yang dibuat,” katanya.

Bernama memetik Ayub sebagai berkata polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa pun yang didapati membuat hasutan berhubung isu itu dalam apa jua bentuk termasuk SMS, menaikkan kain rentang, risalah ataupun percakapan yang boleh menganggu-gugat keamanan negeri.

Beliau berkata keadaan keselamatan di Terengganu secara keseluruhannya aman dan terkawal.

Semalam, polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan menteri besar Terengganu di Jalan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kenderaan ditahan ketika cuba memasang kain rentang itu, antaranya bertulis ‘Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman’ serta ‘Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku’.

Kesemua lelaki itu ditahan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957.

March 22, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: