Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

PAS dan pakatan BA beri kerja sama kepada Zulhasnan

dr-lo-lo.jpg10.45am | 22 Mac
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali memberi jaminan wakil rakyat dari Barisan Rakyat (BR) akan bekerja sama dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Zulhasnan Mohd Rafique dalam memajukan wilayah yang menjadi nadi negara itu.

Sambil mengucap tahniah atas pelantikan semula Zulhasnan menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan Dr Lo’ Lo’ turut berharap pihak kementerian juga memberi kerja sama sepenuhnya kepada semua wakil rakyat di wilayah itu khususnya dari pakatan BR yang menguasai 10 daripada 13 kerusi Parlimen.

“Saya mewakili rakyat di Parlimen Titiwangsa dan Wilayah Persekutuan amnya berharap dengan pelantikan itu, Wilayah Persekutuan akan mendapat manfaat yang besar pada masa hadapan.

“Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya bersedia memberikan khidmat terbaik dan bekerjasama dengan semua pihak termasuklah KWP bagi memastikan hasrat rakyat yang mahukan pembelaan dan keadilan disempurnakan.

“Sehubungan dengan itu, Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh tiga orang wakil rakyat dari Barisan Nasional dan 10 dari Barisan Rakyat yang dianggotai oleh ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP perlu terus dibangunkan secara bersama,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Di samping itu Dr Lo’ Lo’ juga meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar memberi keutamaan kepada wakil rakyat daripada pakatan Barisan Rakyat menduduki Lembaga Penasihat pihak berkuasa itu.

Selain itu kata Dr Lo’ Lo’ Lembaga berkenaan pelulah terdiri daripada wakil setiap kaum serta organisasi masyarakat sedia ada agar suara rakyat dari segenap peringkat sampai ke peringkat atasan untuk tindakan selanjutnya.

“Perkara ini penting bagi memastikan suara rakyat dapat terus di sampaikan bukan sahaja di peringkat Parlimen yang menjadi penggubal dasar tetapi di peringkat DBKL yang menjadi pelaksana dasar-dasar untuk kepentingan rakyat (di ibu kota),” katanya.

March 22, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: