Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Pemulauan majlis angkat sumpah burukkan lagi imej BN

ahmad-said.jpg10.36pm | 22 Mac
JIKA majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana – sekali gus mencipta krisis berlarutan sejak tamatnya pilihan raya umum 8 Mac.

Hari ini, selepas keadaan tidak pasti selama 14 hari ini tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis angkat sumpah dijadual pagi esok di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Namun 23 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan secara terbuka untuk memulaukan majlis tersebut.

Usaha ini kelihatan sudah dirancang lebih awal apabila sumber-sumber Umno negeri memberitahu Malaysiakini kelmarin, Idris  yang juga pengerusi BN negeri meminta semua Adun – kecuali Ahmad – menurunkan tandatangan sokongan kepadanya.

Hari ini, sebelum sidang media Rosol, wakil-wakil rakyat itu bertemu Idris di kediaman rasmi menteri besar dan kemudian masing-masing menurunkan tandatangan sekali lagi menyokong Idris untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) jam 9 pagi esok.

Tandatangan sokongan tadi kali ketiga dikeluarkan sejak krisis ini – satu kempen tandatangan sokongan wakil-wakil BN kepada Idris diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abadullah Ahmad Badawi pada pertemuan mereka Sabtu lepas.

Kenyataan Rosol, yang dikatakan penyokong setia Idris, petang tadi mengulangi ugutan DAP memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin minggu lepas atas alasan parti itu menolak wakil PAS Pasir Panjang itu sebagai calon jawatan tersebut.

Kenyataan pemulauan tokoh utama DAP Lim Kit Siang itu telah menyebabkan istana Perak menangguhkan majlis itu dan mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan dengan calon menteri besar itu.

Suasana berkonflik di negeri pakatan tiga pembangkang utama itu kini telah selesai, seperti juga krisis pelantikan menteri besar Perlis – perebutan antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan penggantinya Datuk Dr Mat Isa Sabu.

Shahidan, yang terus-menerus mendakwa hingga saat akhir mendapat sokongan Perdana Menteri, tidak hadir di majlis angkat sumpah.

Kedua-dua kebingungan ini selesai dengan Shahidan dilaporkan menerima Isa demi kebaikan Umno dan BN di negeri itu, dan Lim pula memohon maaf kepada dan menghadap sendiri Pemangku Raja Perak selepas majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Walaupun berita pelantikan Ahmad tidak begitu mengejutkan tetapi pemulauan majlis angkat sumpah esok benar-benar satu tamparan kepadanya dan sekali gus MPPR.

MPRR minggu lalu gagal mengadakan pertemuan di Putrajaya dengan wakil-wakil BN apabila majlis yang dijadual pada 11 pagi dibatalkan di saat-saat akhir. Dua puluh wakil parti itu kemudian mengadakan perjumpaan dengan Abdullah.

Dalam keadaan tidak pasti itu, tiba-tiba Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam isu tersebut.

Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan Sultan Terengganu yang juga Agong dilarang melibatkan dalam hal-ehwal pentadbiran negeri kecuali menyentuh kepentingan Islam.

Malam ini, selepas melaporkan perkembangan istana telah melantik Ahmad sebagai menteri besar, tiba-tiba sebuah stesen televisyen swasta melaporkan, seorang ahli politik Terengganu kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Siapakah ahli politik Terengganu yang tidak disebutkan namanya dalam laporan TV3 itu tetapi disiasat BPR kerana projek-projek di Kijal? – Malaysiakini

March 22, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: