Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Isu-isu pelantikan Menteri Besar Terengganu

Rosol mendakwa 23 Adun Terengganu tidak menyokong Ahmad Said

9.30am | 23 Mac
KUALA TERENGGANU, 22 Mac: Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu selesai hari ini apabila pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Datuk Ahmad Said untuk memegang jawatan itu.

Menurut kenyataan pejabat Sultan Terengganu hari ini, Ahmad, 51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini pagi esok.

“Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja.

“Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu,” kata kenyataan itu kepada Bernama hari ini. (…bacaan lanjut)

**************************

Istana lantik Ahmad Said MB Terengganu, kroni Idris boikot

KUALA TERENGGANU, 23 Mac: Selepas 14 hari Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu isu perlantikan jawatan Menteri Besar Terengganu menjadi barah yang kini menjadi kemelut dalaman kepada parti itu.

Semalam pihak Istana telah bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar sekaligus menamatkan era kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh satu penggal.

Harakahdaily difahamkan, Pejabat Sultan Terengganu semalam telah mengeluarkan satu kenyataan bagi pelantikan tersebut dan majlis angkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Tamu, Batu Burok, jam 8.00 pagi ini.

Namun begitu, laluannya tidak mudah kerana pelantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu akan mendapat tentangan dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar. (…bacaan lanjut)

**************************

Istana mahu Ahmad Said,
23 Adun berdiri teguh di belakang Idris

KUALA TERENGGANU 22 Mac: Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Pelantikan tersebut mengetepikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ekoran kenyataan dari Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 Adun Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

Mereka juga bertegas tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu, di sini pukul 8 pagi esok.

Kedudukan pelantikan Menteri Besar Terengganu berbeza dengan pergolakan jawatan yang sama di Perlis kerana Idris mendapat sokongan penuh Adun BN. (…bacaan lanjut)

**************************

23 Adun BN Terengganu ancam boikot majlis angkat sumpah MB

KUALA TERENGGANU, 22 Mac: Kesemua 23 anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tetamu di sini, pagi esok jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk memegang jawatan itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua wakil rakyat terbabit kecuali wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said, akan berbuat demikian jika nama lain diumum sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata ada di kalangan wakil rakyat terbabit yang sanggup meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

“Pada hari ini kami semua wakil rakyat BN Terengganu kecuali Adun Kijal telah mengadakan perjumpaan dan kami ingin menegaskan bahawa kami sebulat suara menyokong dan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Idris sebagai Menteri Besar Terengganu. Tiada calon lain yang kami sokong.

“Jadi mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada Datuk Seri Idris, kami tidak akan menerimanya. Kami sebulat suara tidak akan menghadiri majlis tersebut (angkat sumpah jawatan Menteri Besar) jika Datuk Seri Idris tidak dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman di sini hari ini. (..bacaan lanjut)

**************************

Campur tangan istana dibantah

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Terengganu semalam sebulat suara membantah dan menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar yang tertangguh hampir dua minggu sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, pada 8 Mac lalu.

Ketua Pemuda negeri, Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya mendakwa campur tangan istana menyebabkan pelantikan Menteri Besar yang sepatutnya sudah berlangsung minggu lalu tertangguh dan keadaan itu menjejaskan pentadbiran negeri.

Justeru, katanya, semua sayap Umno negeri bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Mubarak) dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, untuk terus menerajui Terengganu. (..bacaan lanjut)

**************************

Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin

PUTRAJAYA 22 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Katanya, berbeza dengan prosedur pelantikan Menteri Besar Perlis, pelantikan Ahmad tidak mendapat sokongan daripada 23 ADUN Terengganu yang sebulat suara memberikan sokongan kepada Idris.

”Pelantikan Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu mendapat sokongan daripada sembilan ADUN berbanding beberapa ahli yang memberi sokongan kepada Shahidan. (..bacaan lanjut)

March 23, 2008 - Posted by | Isu

1 Comment »

  1. Baik kekalkan saja MB Tereggnu.

    Comment by Maharaja Zhou | October 11, 2014


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: