Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Kabinet baru untungkan pembangkang – Mohd Sabu

Haji Mohd Sabu11.50am | 23 Mac
KUALA LUMPUR: Parti politik selain Umno/BN perlu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana telah membentuk sebuah kabinet kerajaan yang lemah.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Abdullah telah memberi satu laluan yang mudah kepada pembangkang di Parlimen untuk menilai kehebatannya dengan kabinet yang dibarisi mereka yang telah diketahui umum mempunyai kelemahan yang begitu ketara.

“Kita kena ucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana memilih anggota kabinet yang lemah, sekaligus tidak memberikan kegerunan kepada pembangkang yang kini bergelar Barisan Rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tegasnya, pelantikan individu-individu tertentu yang memiliki rekod yang kurang baik sedikit sebanyak memberikan tanggapan negatif pelbagai pihak terhadap mutu kabinet kerajaan Umno-BN untuk penggal akan datang.

“Kita hairan bagaimana Abdullah boleh melantik Zaid Ibrahim (peguam) yang pernah menolak Hudud, dan Muhamad Taib yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Yang jelas, ia adalah sebuah kabinet yang lemah dan kita mengharapkan Abdullah akan jatuh dengan kelemahannya sendiri,” katanya.

Sungguhpun begitu, Mohamad Sabu yang juga merupakan calon PAS Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan kepada seluruh penggerak parti politik alternatif termasuk pakatan PAS, PKR dan DAP agar tidak terus leka dengan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang memberi kemenangan yang selesa.

“Sejarah kemenangan ini pernah terjadi pada pilihan raya umum 1969 pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman yang hilang majoriti 2/3 akibat berlakunya penentangan dalaman parti tersebut.

“Namun, kita (PAS) tidak perlu berehat kerana mereka akan berusaha untuk mengembalikan semula kekuatan bagi mengatasi kita,” tambahnya.

Beliau menyeru seluruh jentera agar melipat gandakan usaha bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang di samping menunaikan mandat yang telah diberikan rakyat selepas berjaya menerajui lima buah negeri.

Sementara itu, Mohamad Sabu turut mengulas mengenai pergolakan dalaman yang berlaku pada Umno/BN sehingga menonjolkan kelemahan pemimpin nombor satu parti itu kepada umum.

“Apa yang berlaku adalah kesan daripada rasa tidak puas hati dengan corak pentadbiran kepimpinan Abdullah yang nyata gagal mengendalikan anak buah di bawah seliaannya.

“Mereka telah hilang keyakinan kepada Abdullah, sebab itu ada yang tarik diri, letak jawatan, tolak perlantikan bahkan ada juga yang keluar parti,” ujarnya lagi.

Pergolakan dalaman Umno/BN sekarang ujarnya, hendaklah dilihat sebagai suatu peringatan kepada parti pembangkang.

Pembangkang perlu memperkuatkan kerjasama dan muafakat bagi memastikan agar kesilapan yang sama tidak menimpa pakatan Barisan Altenatif ini, ujarnya. – Harakahdaily

March 23, 2008 - Posted by | Umum

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: