Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Rafidah mungkin ‘kompromi’ dengan Ku Li lawan Abdullah?

12.15pm | 23 Mac
KETUA Wanita Umno, Dato’ Seri Rafidah Aziz dijangka akan bertindak balas terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan memimpin sayap Umno itu ‘menentang’ dari dalam kepimpinannya.

Rafidah yang memang dikenali sebagai ‘orang kuat Tun Mahathir’ sejak dulu hingga kini, dipercayai akan mempengaruhi Exco Pergerakan Wanita di bawah kepimpinannya ‘melobi’ dan ‘berkempen’ hingga ke peringkat akar umbi bagi menurunkan Presidennya yang tidak mesra ‘Wanita Umno’.

Sekalipun, Rafidah memberitahu pemberita, beliau tidak berkecil hati dengan pilihan Presidennya itu, tetapi tetap ‘terkilan’ dengan langkah sumbang Abdullah yang tidak menyelitkan sesiapa pun dari kalangan Wanita Umno sebagai menteri penuh dalam kabinet barunya itu.

Dalam kenyataan Perdana Menteri, keputusan tidak menyenaraikan Rafidah dalam barisan kabinet adalah bertujuan untuk beliau menonjolkan muka baru menggantikan Rafidah yang sudah bersama kerajaan sejak sekian lamanya.

“Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) itu seharusnya memberi ruang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut,” lapor akhbar arus perdana baru-baru ini.

“Saya tidak bincang mengapa, (tetapi) beliau juga perlu memberi laluan kepada orang baru,” tegas beliau.

Pada sidang media Rafidah yang diadakan di MITI, Rabu lalu amat jelas memperlihatkan sokongan padu para Exco Pergerakan Wanita itu terhadap beliau malah ‘terkilannya’ beliau dengan sikap Abdullah yang tidak melantik Wanita Umno dalam kabinet turut disokong dan dirasai oleh Exco-Exconya.

Rafidah juga begitu terasa dengan tiadanya pengiktirafan Abdullah terhadap Wanita Umno keseluruhannya apabila hanya melantik Azalina Othman Said dan Dr Marsitah Ibrahim sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, yang pada padangannya bukanlah datangnya dari Wanita Umno.

Para pemerhati politik meramalkan, Rafidah akan berkompromi dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang kini sarat dengan desakan agar semua Umno Bahagian di negara ini mendesak Umno Malaysia mengadakan Perhimpunan Agung Khas Umno bagi membincangkan masa depan Umno-BN yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.

Menurut sumber, langkah anak Badawi mengetepikan Wanita Umno dan Rafidah sebagai tindakan mencipta musuh dari dalam, yang akhirnya akan menumpaskan Presiden Umno itu sendiri. – Harakahdaily

March 23, 2008 - Posted by | Nasional

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: