Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Krisis Terengganu: Sultan boleh bubar DUN

Oleh Tarmizi Mohd Jam

Dr Aziz Bari7.55am | 24 Mac
APA yang perlu dilakukan oleh semua pihak di Terengganu sekarang ialah akur dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.

Menurut, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, “betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan.”

“Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budi bicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

“Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Pelantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi”.

Dr Abdul Aziz berkata sebab itulah pihak-pihak yang tidak puas hati perlu diam dan jangan membuat hal-hal yang sia-sia.

“Menganjurkan tunjuk perasaan membantah tidak akan mendatangkan apa-apa. Mereka perlu menunggu dewan bersidang dan mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad untuk menjatuhkannya”, kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu lagi.

Beliau menambah komen dan kutukan Perdana Menteri juga tidak berguna kerana beliau tidak ada kena mengena dalam soal pelantikan di peringkat negeri.

Dr Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik Adun lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

“Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!”

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh “memprorog atau membubarkan dewan.

“Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang”.

Dr Abdul Aziz menyatakan bahawa senario di Terengganu tidak pernah berlaku. Beliau menyalahkan ahli-ahli politik yang cuba menipu dan mengelat dalam pilihan raya.

“Ini menyebabkan timbul keraguan sama ada orang yang dikatakan disokong itu benar-benar menang dengan cara yang sah”.

Sebelum ini timbul dakwaan yang pihak istana tidak senang dengan tragedi di Batu Burok dan kekecohan di Marang pada hari mengundi.

“Sebab itu saya fikir adalah wajar jika pilihan raya diadakan semula supaya satu proses yang bersih dapat diadakan dan keputusan itu nanti akan menjernihkan keadaan yang berlaku di Terengganu” tegas Dr Abdul Aziz lagi.

March 24, 2008 - Posted by | Isu

2 Comments »

  1. kalau derih kata dia pembela rakyat…dan rakyat menyokong dia.
    kenapa derih tidak buat pilihanraya semula???

    Comment by wanza | March 24, 2008

  2. bubar dun le,,,,,,

    Comment by mieroc | March 25, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: