Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Shahidan terima kenyataan, yakini pimpinan baru

Shahidan Kassim11.05pm | 24 Mac
KANGAR: Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau yakin Menteri Besar Perlis yang baru dilantik, Datuk Dr Md Isa Sabu mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Shahidan menasihati Md Isa supaya mempertahankan dirinya daripada dipengaruhi mana-mana pihak semasa menerajui Perlis, sebaliknya mengutamakan perpaduan.

Md Isa adalah bekas anggota exco negeri di era pentadbiran Shahidan selaku Menteri Besar. Shahidan, 57, tidak dilantik semula sebagai MB selepas pilihan raya umum yang baru berlalu. Beliau menerajui Perlis sejak 1995.

Shahidan berkata pemimpin yang mengutamakan kasih sayang dalam pentadbiran akan lebih tahan lama berbanding mereka yang diangkat secara tidak bermoral.

“Sesiapa yang naik atas dasar pecah belah tak akan tahan lama. Kalau naik atas dasar kasih sayang dan takwa akan tahan lama,” katanya di sini.

Beliau berharap keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) akan berkekalan bagi membolehkan parti itu terus menerajui Perlis.

Shahidan berkata, rakyat Perlis sayangkan BN, sebab itu mereka memberi undi kepada calon-calon BN.

Beliau berkata, BN berjaya memenangi hati rakyat Perlis melalui pendekatan yang penuh keikhlasan malah beliau mendakwa beliau tidak pernah mengambil gaji semasa menjadi MB sebaliknya wang itu disumbangkan kepada golongan memerlukan.

“Saya tak perlu (gaji) tapi yang saya perlukan ialah kasih sayang rakyat. Saya harap Menteri Besar yang baru teruskan usaha baik dalam semua bidang termasuk agama,” katanya.

Mengenai sikapnya yang tidak menghadiri majlis rasmi di Istana Arau termasuk majlis mengangkat sumpah MB pada 17 Mac lalu, Shahidan berkata, beliau tidak menerima undangan.

“Mungkin ada yang hantar surat undangan tetapi ia tidak sampai ke tangan saya. Mungkin dihantar ke pejabat Menteri Besar,” katanya. – Bernama

March 24, 2008 - Posted by | Nasional

1 Comment »

  1. Baguslah kalau begitu. Harap2nya Shahidan benar2 insaf dan memohon maaf atas keterlanjuran sikap beliau yang boleh dikatakan ‘biadap’lah juga.

    Comment by KakChik | March 25, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: