Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

“Dia sokong kita, bukan kita sokong dia” – Tok Guru

9.05am | 28 Mac
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan tindakannya hadir di majlis kesyukuran sempena pelantikan Senator Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini adalah wajar dan betul.

“Saya pergi ke rumah Zaid ialah kerana dia sebagai seorang menteri dan kita kena pergi. Kebetulan pula sebelum itu beliau ada buat kenyataan untuk melaksanakan peraturan dan menggubal undang-undang anti lompat kerana kebetulan anti lompat itu dulu itu kita yang mula bukan dia.

“Masalah lompat parti ini bermula sewaktu wakil rakyat Sungai Pinang, Nordin Salleh yang lompat daripada Semangat 46 masuk Umno. Begitu juga waktu wakil rakyat Pasir Puteh yang juga lompat dari Parti Semangat 46 masuk Umno.

“Ekoran timbul masalah itu kita sudah pun baiki dah peraturannya malah kita bawa masalah itu pergi ke mahkamah bagaimanapun mereka tolak kita dan kita kalah.

“Tapi hari ini tahu-tahu dia nak buat pula yang dia sendiri tidak boleh buat sebelum ini sebab itu saya setujulah. Bukan kita yang sokong dia tapi dia yang sokong kita,” katanya ketika berceramah sempena meraikan petugas-petugas PRU ke-12, di Pusat Tarbiyah Islamia Kelantan (PUTIK), di Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Sabtu lalu, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan Zaid untuk menggubal undang-undang dan peraturan baru bagi menyekat ahli politik daripada melompat parti untuk kebaikan rakyat di negara ini.

Tegas Nik Aziz lagi, beliau bukan sahaja menerima jemputan Dato’ Zaid tetapi kalau ada orang Cina panggil dan jemput pun beliau juga akan turut hadir.

“Malah, pada tahun lepas ada jemputan daripada kaum Cina di Tendong jemput makan durian dan saya hadir. Tidak lama lagi saya akan adakan perjumpaan dengan sami Buddha dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada wakil rakyat di Tumpat supaya tolong adakan pertemuan dengan sami-sami itu,” katanya.

March 28, 2008 - Posted by | Kelantan

4 Comments »

  1. Banggonyo kawe, negeri kawe ado menteri besar hok sunggoh hebat, sunggoh humble! Semoga Allah berikan kekuatan yang tidak putus-putus kepada pejuang Islam.

    Comment by mustafa | April 2, 2008

  2. Nikmat, rahmat, magfirah dan keberkatan mencurah-curah… bila berada di bawah naungan Ulamak.

    Comment by Naim | April 2, 2008

  3. Tepat kesimpulan Tuan Guru,
    “Tapi hari ini tahu-tahu dia nak buat pula yang dia sendiri tidak boleh buat sebelum ini sebab itu saya setujulah. Bukan kita yang sokong dia tapi dia yang sokong kita,”

    Comment by sam | April 4, 2008

  4. malas nak kato gapo….ore tau belako dos tok guru kito berkelayakan dan berhemah tinggi..so x perlu ada kemuskilan

    Comment by naley | September 21, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: