Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

‘Menteri Undi Pos’ tidak dilayan – Wee

Oleh Abdul Halim Mohd Rashid

6.30am | 28 Mac
KUALA LUMPUR: 10 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur mengambil keputusan tidak akan akan melayan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menyatakan, keputusan itu dicapai dalam pertemuan wakil-wakil rakyat tersebut Selasa lalu.

Keputusan itu dibuat kerana Zulhasanan bukanlah orang yang selayaknya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan kerana beliau adalah Ahli Parlimen “pembangkang” di Wilayah Persekutuan, kata beliau yang juga seorang peguam terkenal.

Sehari kemudiannya, menurut Wee, pejabat Zulhasnan menghubungi sekretariat 10 wakil rakyat KeADILan, DAP dan PAS itu serta menyatakan keinginan Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk bertemu mereka pada 4 April akan datang.

Zulhasnan adalah satu-satunya calon dari Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

“Lebih dari itu, Zulhasnan hanya bergantung kepada undi pos untuk memenangi kerusi Parlimen Setiawangsa. Oleh itu, beliau sepatutnya dilantik sebagai ‘Menteri Undi Pos’!” katanya lagi.

Menurut Wee, di bawah Akta Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa eksekutif.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak membazirkan wang rakyat dan memansuhkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa bagi kepentingan penduduk Kuala Lumpur.

March 28, 2008 - Posted by | Nasional

2 Comments »

  1. Berikut ialah Wakil Wakil Pos yang ‘notorious’:-

    1. Najib Tun Razak
    2. Khairi Jamalludin
    3. Zulhasnan Rafique

    Comment by kipashikmat | March 28, 2008

  2. Malu undi pos tak demokratik langsung
    Gentlemen ,
    berani kerana benar
    berani kerana Hak
    berani kerana layak
    berani kerana diterima raayat
    undi pos tak relevan, berapa kerat yang tak boleh ke pusat mengundi. Kerana askar undi pos …………

    Comment by sam | April 3, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: