Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

MT akur keputusan Istana lantik Ahmad MB Terengganu

9.00am | 28 Mac
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata Umno memutuskan untuk menyelesaikan tengkarahnya dengan pihak istana dengan menerima calon Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.

Mengumumkan keputusan itu dalam satu sidang akhbar lewat petang semalam, Datuk Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi memutuskan untuk menerima Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mesyuarat selama empat jam itu dipengerusikan oleh Datuk Abdullah sendiri.

Antara lain, ia turut memutuskan mengadakan Perhimpunan Agung Umno, yang akan menyelitkan acara pemilihan pemimpin parti itu pada 16 hingga 20 Disember ini.

Datuk Ahmad, 51 tahun, sebelum ini menerima watikah pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri itu dalam satu majlis tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu menerima watikah pelantikan tersebut daripada presiden majlis tersebut, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Dua orang anggota majlis penasihat itu – Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan mantan hakim mahkamah federal, Datuk Abdul Kadir Sulaiman – turut menyaksikan istiadat itu.

Penerimaan Datuk Ahmad sebagai menteri besar negeri itu mengakhiri tengkarah yang menyaksikan percanggahan pandangan antara kerajaan eksekutif dengan pihak istana Malaysia, yang boleh mengakibatkan berlakunya krisis perlembagaan dalam negara itu dan menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, termasuk pembangkang.

Sebelum ini, calon yang disarankan oleh Datuk Abdullah ialah mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Terengganu.

Datuk Idris menerima surat pelantikan beliau sebagai menteri besar negeri itu daripada Datuk Abdullah.

‘Keutamaan Umno Negeri Terengganu ialah melantik barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri secepat mungkin,’ kata Datuk Seri Abdullah.

Beliau juga menafikan bahawa keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk menerima Datuk Ahmad sebagai sesuatu yang ‘memalukan’ bagi beliau dan partinya.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu, akan berkunjung ke negeri itu Sabtu ini. – Agensi

March 28, 2008 - Posted by | Nasional

1 Comment »

  1. PM ada kuasa eksukutif tapi
    “percanggahan pandangan antara kerajaan eksekutif dengan pihak istana ”
    Toleransi yang tinggi daripada Pak Lah tapi sudut negetif saperti hilang wibawa ” raja dah tak dengar cakap eksekutif …”
    harap dalam hal ini sahaja insyaallah

    Comment by sam | April 4, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: