Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Mahathir cadang sistem kuota dimansuhkan

10.45pm | 29 Mac
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno seharusnya memansuhkan sistem kuota yang memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan presiden parti.

Katanya beliau mencadangkan perubahan itu kerana sistem kuota ketika ini kelihatan “terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa”.

“Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Menurut perlembagaan Umno, seseorang calon perlu memperolehi pencalonan minimum daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding ke jawatan presiden parti.

Bagaimanapun peraturan ini diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dan beliau berjaya mengekalkan jawatan presiden dengan hanya kelebihan 43 undi. Selepas peristiwa itu, sudah menjadi tradisi bagi Umno untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata semasa tempoh pentadbirannya “semua orang bebas mencabar dan berkempen sepenuhnya”.

“Semasa tempoh saya (presiden), Tengku Razaleigh mencabar saya, semua cabar saya, dan mereka bebas mencabar, bebas berkempen sepenuhnya, tapi pada masa itu adalah mudah untuk mendapat (sokongan) 60 bahagian,” katanya.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan dan Industri, merupakan Aggota Parlimen yang paling lama berkhidmat, sejak tahun 1969 lagi.

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Tengku Razaleigh adalah pencabar berpotensi bagi jawatan nombor satu parti, Dr Mahathir menjawab: “Tengku Razaleigh adalah salah seorang dari mereka, ada banyak lagi”.

Dr Mahathir berkata selain beliau, Perdana Menteri ketiga negara Tun Hussein Onn juga pernah dicabar oleh Sulaiman Palestin bagi jawatan Presiden parti. Katanya beliau merasakan bahawa cabaran adalah sihat bagi parti, tapi ia seharusnya diuruskan dengan rapi bagi menghalang daripada disalah guna oleh pihak yang mempunyai kuasa.

Berhubung tindakan tiga Anggota Parlimen Umno yang menolak pelantikan ke jawatan timbalan menteri, Dr Mahathir berkata ia adalah hak prerogatif mereka.

Bagaimanapun katanya beliau menyanjung sangat keputusan mereka, kerana menurutnya beliau difahamkan penolakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak dilantik ke jawatan menteri penuh. – Bernama

March 29, 2008 - Posted by | Nasional

5 Comments »

  1. Mahathir juga sebenarnya adalah di antara contoh seorang Melayu yg mudah lupa.Kemelut yg berlaku sekarang adalah hasil pekerjaan tangan dia sendiri sewaktu dia PM dulu.Sejarah tidak akan lupa, wahai Tun!!

    Comment by Abdullah | March 29, 2008

  2. AEMAMANGNYA TUN SUDAH MENABUR BENIH..HANYA PEMIMPIN YANG KEMUDIAN AKAN TERUS MENUINYA..MAKNANYA UMNO TAK AKAN SELASAI ATAU BERSIH UNTUK SELAMA LAMANYA……

    Comment by wanza | April 1, 2008

  3. Semasa kuasa ditanganya,dia lakukan apa saja, tampa memikirkan orang lain. Kehancuran tetap akan tiba, kerana itu sudah menjadi dalilnya hidup ini. Pasti akan tiba. Tidak kira pada siapa.

    Comment by hadi | April 2, 2008

  4. “terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa”.

    Masa berkusa OK
    Bila hilang kuasa yang sendiri buat pun kata TAK OK

    ” Saya lupa….”

    Comment by sam | April 4, 2008

  5. Kalau nak ditulis cerita tentang Mahathir, satu kontena kertas pun tak cukup. Sebab segala macam penyakit kronik yang menimpa UMNO sekarang dan berjangkit kpd parti komponen lain adalah hasil dari virus ciptaannya sendiri. Pada masa itu semua ahli UMNO tahu tapi tak berani angkat kepala kerana takut kena pancung seperti yang terjadi kepada DSAI.

    Mereka sanggup jadi tukang angguk termasuk ulama’ UMNO walaupun mereka tahu kemungkaran besar yang dilakukan oleh Mahathir.

    Waktu itu, Mahathir dianggap lebih kebal dari raja-raja sehingga imuniti raja mudah saja dicabut dengan kukunya tanpa menghadapi protes rakyat sebagaimana kebangkitan rakyat Terengganu baru-baru ini.

    Lucunya, ramai yang berkata beliau memakai tangkal yang dijampi oleh pawang tersohor dari Indonesia, sehigga tak siapapun berani bertentang mata dengannya. Jika benar, masih adakah tangkal tersebut? Mungkin Pak Lah kena pakai tangkal jawa untuk menghadapi seterunya sekarang.

    Hari ini beliau beliau menyalahkan semua orang atas kekalahan BN. Pak Lah tak layak jadi PM kerana lemah, Najib makin tidak sesuai kerana terlalu ikut telunjuk Pak Lah dan macam-macam lagi. Walaupun tenaga sudah hilang, tapi nafsunya untuk naik masih kuat.

    Soalnya, masih adakah lagi penyokong setia UMNO mahu memapah dan mengusung orang tua ini ke tengah gelanggang untuk bertarung melawan tokoh-tokoh muda yang sedang naik minyak sekarang??

    Comment by othimbra | April 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: