Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Permatang Pauh: SPR belum dimaklum secara rasmi

5.40pm | 31 Julai
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, memberitahu Bernama bahawa beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengenai pengganti Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang, beliau berkata itu terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk menentukan.

“Pakatan Rakyat boleh memilih untuk melantik Ketua Pembangkang dalam masa terdekat, iaitu pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 18 Ogos ini, atau menunggu sehingga pilihan raya kecil Permatang Pauh selesai,” katanya.

Di PUTRAJAYA, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu Bernama bahawa pilihan raya kecil boleh diadakan walaupun baru empat bulan lepas pilihan raya umum dijalankan kerana undang-undang tidak menetapkan had tempoh tertentu.

Ditanya sama ada seseorang Anggota Parlimen boleh dengan sengaja mengosongkan kerusinya tanpa sebab kesihatan atau kematian, beliau berkata: “Tak boleh jawab. Itu soalan Perlembagaan, walaupun saya ada jawapannya.”

Abdul Rashid berkata SPR akan mengambil tindakan lanjut sebaik menerima surat rasmi mengenai kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Rakyat.

“Bila terima surat itu, barulah kita membuat persediaan yang perlu untuk menjalankan pilihan raya kecil,” katanya.

Sementara itu dua parti gabungan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP berikrar akan membantu kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar memberi jaminan, sekalipun pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan Ramadhan, PAS akan tetap menurunkan jentera pilihan rayanya bagi mempastikan calon BN, tumpas di tangan Anwar.

July 31, 2008 - Posted by | Nasional, Politik | , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: