Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Wan Azizah kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh

5.30pm | 31 Julai
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menurut laporan Bernama.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata perkara itu telah dibincangnya dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Wan Azizah berkata beliau akan mengekalkan jawatan Presiden PKR manakala penggantinya sebagai Ketua Pembangkang akan ditentukan Pakatan Rakyat.

Anwar, 60, pula berkata beliau terharu dan terhutang budi kepada isterinya yang telah sanggup melepaskan kerusi itu walaupun itu bukan satu perkara yang senang untuk dilakukan.

Beliau berkata keputusannya untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kerana ianya merupakan kerusi yang selamat baginya walaupun beliau ditawarkan beberapa kerusi Parlimen yang lain, termasuk kerusi Bandar Tun Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Gombak yang diwakili Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil Barisan Nasional dari tahun 1982 sehingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998, dan menjadi anggota Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun kerana tuduhan rasuah.

Disebabkan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya, Anwar yang dibebaskan pada September 2004, tidak layak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Menyentuh mengenai pengumumannya baru-baru ini untuk bertanding kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru, Anwar berkata proses petisyen pilihan raya kerusi itu akan memakan masa untuk diselesaikan.

“Setelah berunding dengan keluarga, (Anggota Parlimen Cheras dari DAP, Tan) Kok Wai, (Anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim) Kit Siang dan (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng serta (Presiden PAS Datuk Seri) Hadi Awang dan rakan-rakan di Permatang Pauh, mereka bersetuju untuk saya tawarkan diri,” katanya.

July 31, 2008 - Posted by | Nasional, Politik | , , , , , , , , , , ,

1 Comment »


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: