Kelantankini.com

Berita Kelantan, isu politik semasa

Raja Nazrin tegur penganjuran sambutan kebesaran Islam sekadar bersifat rutin

5.05pm | 20 Mac
IPOH: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Raja Dr Nazrin hari ini menegur penganjuran acara-acara sambutan kebesaran dalam Islam yang sekadar bersifat ‘ritualistik’ ataus secara rutin saja.

Sebaliknya Baginda berharap agar acara-acara seperti sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun dapat memberikan impak kepada masyarakat kerana ia melibatkan perbelanjaan dan tenaga yang banyak. Continue reading

March 20, 2008 Posted by | Kerajaan BA | Leave a comment

Exco Perak diumum esok, Selangor Isnin depan

4.58pm | 20 Mac
AYER TAWAR: Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak termasuk dua timbalan menteri besar dijangka diumumkan esok setelah beberapa portfolio akan diperkemaskan hari ini pada mesyuarat sesama pakatan Barisan Alternatif.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata dua Timbalan Menteri Besar Perak masing-masing satu dari DAP dan PKR akan dipilih daripada kalangan 10 barisan Exco yang bakal dilantik itu. Continue reading

March 20, 2008 Posted by | Kerajaan BA | Leave a comment

Kedah wajibkan kakitangan awam bayar zakat melalui potongan gaji

4.55pm | 20 Mac
ALOR STAR: Umat Islam yang berkhidmat dengan kerajaan, badan berkanun dan anak-anak syarikat kerajaan negeri Kedah akan diwajibkan membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji mulai tahun ini.

Arahan tersebut diperkenankan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melalui satu pekeliling arahan wajib pembayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji kepada Jabatan Zakat Kedah. Continue reading

March 20, 2008 Posted by | Kerajaan BA | 2 Comments